“Integrasi Ilmu, Holistik Peribadi”

Di Maahad Tahfiz Al-Bayan, pendidikan tidak hanya tertumpu kepada hafazan semata-mata, tetapi dibangunkan melalui sistem pendidikan yang tersusun, seimbang dan menyeluruh bagi membentuk generasi Al-Quran yang berilmu, beradab dan berdaya saing.
TAHRIRI merupakan sistem hafazan bertulis yang menjadi antara kekuatan utama pendidikan di Al-Bayan.
Melalui kaedah ini, pelajar bukan sahaja menghafaz secara lisan, tetapi turut menulis semula ayat-ayat Al-Quran daripada hafazan sebagai proses pengukuhan memori dan ketelitian hafazan.


Al-Bayan menggabungkan pendidikan tahfiz dengan pembelajaran akademik dan ilmu syariah secara seimbang.








